Memperingati kelahiran/ Maulid Nabi Muhammad SAW akan menyebabkan hati ini senantiasa tergerak utk terus bersholawat kpd-Nya SAW



"RAHMAT APAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA KELAHIRAN NABI"? APAKAH SUDAH SEPATUTNYA HARI KELAHIRAN BAGINDA SAW DISAMBUT, DIRAYAKAN DAN DIBESARKAN APABILA TIBA HARI MAULID TERSEBUT? BAHKAN ADA JUGA YANG MENYAMBUT KELAHIRAN BAGINDA (S.A.W) TANPA MENGENAL BATAS WAKTU, BULAN / TAHUN?

Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut Hari Kelahiran (s.a.w) adalah diterima oleh SYari'ah.

Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)


1. Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w).

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

2. Rasulullah (s.a.w) menekankan bahwa hari senin sebagai hari Kelahiran Baginda saw

Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa), bahwa Rasulullah (s.a.w) kenapa beliau berpuasa pada hari senin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul." Daripada Mutawalli Sha'rawi:"Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda (s.a.w) dilahirkan sebagai bukti bagi hadits dan sejarah bahwa malam Rasulullah (s.a.w) dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia lain dilahirkan". Peristiwa yang termaktub didalam hadith termasuk yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu Katsir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat 265-268. Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1, ms. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal krn Dia telah memberi karunia kepada kita nikmat yang besar yaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku". Oleh krn itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, krn hari itu merupakan hari Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda,"Aku merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini krn kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak. Hadith-hadith ini merupakan riwayat 'Shaikhayn' Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menulis didalam Sahih nya, Rasulullah (s.a.w) bersabda, Aku telah dilahirkan pada hari senin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku." Rasulullah (s.a.w) mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (hari senin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadith. Ini bermakna, Rasulullah (s.a.w) telah melahirkan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu daripada bentuk ibadah khusus. Oleh krn Rasulullah (s.a.w) sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai suatu perbuatan mencontohi baginda, sambutan atau ibadah yang selaras dengan syari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin kaedah menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi dzat/subsatnsi sambutan itu tetap sama. Dan krn itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin, bersama-sama berselawat kepada Nabi (s.a.w), ataupun bersama-sama mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut hari tersebut. ( lihat hadith," Meninggal pada hari Senin")

3. Firman Allah: Bergembiralah dengan Nabi (s.a.w)

Untuk menyatakan kegembiraan kita untuk baginda Rasulullah (s.a.w) krn Allah telah mengutus baginda kepada kita seperti firman Allah didalam al-Quran, " diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira" (Yunus:58).

Perintah ini datang krn kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur diatas rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain Rasulullah (s.a.w) sendiri, dan Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

Krn Rasulullah (s.a.w) diutus sebagai rahmat untuk semua manusia, kegembiraan menyambut kelahiran baginda tidak hanya kepada yang Muslim saja, bahkan seluruh manusia, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan tersebut. Anehnya, pada masa sekarang ramai Muslim ada yang menentang perintah Allah untuk bergembira dan menyambut hari maulid NabiNYA.

4 Nabi (s.a.w) menyambut Hari-hari Bersejarah

Nabi (s.a.w), biasanya menghubungkaan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa itu telah beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain ini, "Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadith ini merupakan hadith yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut ('Ashura) dan hari sebelumnya.

5. Allah Berfiman," Bersholawatlah Kamu Kepada Nabi"

Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk bersholawat kepada Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diperintahkan oleh Allah di dalam ayat :
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat kpd Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! bersholawatlah kamu dan berilah salam kpd-Nya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta bersholawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalangi apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfa'at serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita krn mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Perintah itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak ( 'plural') didalam kaedah nahwu /gramatika bahasa Arab (ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya bersholawat dan memuji Nabi, baik dalam majlis/secara sendirian.

6. Bagaimana kalau non muslim Memperingati Maulid Nabi saw?

Apabila seseorang yang tidak beriman/ non muslim, bersama-sama menyatakan kegembiraan dan menyambut Maulidurrasul (s.a.w), atas rahmat dan kemurahan Allah, orang itu akan dapat manfaatnya. Hal ini ada dinyatakan didalam sahih Bukhari. Bukhari meriwayatkan bahwa setiap hari senin, Abu Lahab akan dihentikan/ diringankan siksaan kubur yang diterimanya krn beliau telah membebaskan hambanya, Tsuwayba yang telah mengkhabarkan dan gembira atas kelahiran anak saudaranya/ keponakannya, yaitu Nabi Muhammad (s.a.w).

Hadith ini terkandung didalam kitab Nikah oleh Bukhari dan Ibnu Kathir pula membicarakannya didalam kitab-kitabnya Sirat al-Nabi Jilid 1: ms 124, Mawlid al-Nabi ms 21 dan al-Bidaya ms.272-273. Seorang hafiz (hafal al-Quran), Shamsuddin Muhammad ibn Nasiruddin ad-Dimashqi telah menulis didalam kitabnya Mawrid as-sadi fi Mawlid al-Hadi : "Jika seorang kafir yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal didalamnya" "hancur tangan-tangannya"; (surat 111) diizinkan untuk di istirahatkan/diringankan dari siksa kubur setiap hari Senin krn bergembira dengan kelahiran Ahmad.

7. Kewajiban Mengetahui Sirah dan mensuri-tauladanii Asas-asas Akhlaq Yang Baik

Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan baginda, mengenai mukjizat baginda, kelahirannya , akhlaqnya, keimanan baginda, tanda-tanda kenabian beliau (ayat wa dala'il), khalwat yang baginda lakukan, ibadah baginda saw. Semuanya itu, sudah sepatutnya diketahui oleh setiap Muslim? Apakah cara yang lebih baik lagi selain daripada merayakan hari kelahiran baginda, yaitu hari permulaan kehidupan baginda, dan seterunya supaya kita terdorong untuk mengenali baginda dengan lebih mendalam lagi. Memperingati hari kelahiran baginda akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda saw. Apabila hal ini kita lakukan, Allah akan ridho pada kita, krn kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah/sejarah baginda saw dan lebih bersedia untuk mencontohi, meneladani dan mengamalkan akhlaq baginda dan membetulkan tingkah laku kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.

8. Nabi Menerima Syair/Sajak/puisi Yang Berkaitan dengan Diri Baginda saw

Pada zaman Nabi (s.a.w), terdapat banyakpenyair yang terkenal dan hebat datang kepada baginda dan mempersembahkan kepada baginda syair2 mereka yang memuji baginda, menceritakan mengenai dakwah dan peperangan yang baginda pimpin dan juga syair mengenai para sahabat. Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang disertakan di dalam Sirah Ibnu Hisham, al-Waqidi dan lain-lain. Rasulullah (s.a.w) amat menyenangi syair yang indah seperti yang tercatat didalam hadith riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam syair"; dan krn itu bapa' saudara Nabi/ Paman nabi (s.a.w) al-'Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti berikut:

Dikala Dikau SAW dilahirkan , bumi bersinar terang, Hingga nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya-Mu. Dan kami dapat terus melangkah Lantaran sinar dan cahaya serta jalan yang lurus.

Petikan ini tercatat didalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al - Maqsid ms.5 dan didalam kitab Ibnu Kathir, Maulid ms.30 dan juga didalam kitab Ibnu Hajar, Fath al-Bari.

Ibnu Katsir menerangkan didalam kitabnya bahwa para Sahabat ada meriwayatkan bahwa Nabi (s.a.w) memuji nama baginda dan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata,"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak 'Abd al - Muttalib!"

Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda krn hal itu merupakan perintah Allah dan baginda akan memberi kepada mereka dgn apa yang Allah anugerahkan kepada baginda saw. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya juga melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.Karena mendekati Nabi (s.a.w) akan mjd sebab Allah juga ridha kepada kita.

9. Menyanyi dan Membaca Syair

Telah diketahui, menurut riwayat 'A'isyah bahwa Nabi (s.a.w), telah membenarkan beliau untuk mengundang dua orang perempuan untuk menyanyi pada hari Raya. Baginda memberitahu Abu Bakr,"Biarkan mereka menyanyi kerana untuk setiap ummat ada hari cutinya dan ini adalah hari cuti kita" [Muttafaqun 'alaih]. Didalam kitab Madarij al-salikin, Ibnu Qayyim menulis bahwa Nabi (s.a.w) memberi izin untuk menyanyi pada hari perkawinan dan membenarkan syair dipersembahkan untuk baginda. Baginda mendengar Anas dan para Sahabat memuji baginda dan membaca syair ketika baginda sedang menggali parit semasa peperangan Khandaq dan mereka pernah berkata," Kamilah yang telah memberi bai'at kepada Muhammad untuk berjihad selama kami hidup."

Ibnu Qayyim juga telah menceritakan mengenai 'Abdullah ibnu Rawaha telah membaca syair yang panjang memuji-muji Nabi Muhammad (s.a.w) semasa baginda menaklukkan dan memasuki Makkah, dan Nabi pun berdoa untuknya. Rasulullah (s.a.w) juga pernah mendoakan untuk Hassan ibnu Tsabit agar Allah sentiasa memberi bantuan kepada beliau dengan ruh suci (the holy spirit) selama beliau memuji-muji baginda melalui syairnya. Nabi juga telah menghadiahkan Ka'b ibnu Zuhayr sepasang jubah apabila beliau membacakan syair memuji-muji baginda kepada baginda. Nabi juga pernah meminta Aswad bin Sarih untuk mengarang syair memuji-muji Allah dan baginda pula pernah meminta seseorang untuk membaca syair puji-pujian yang sebanyak 100 rangkap yang dikarang oleh Umayya ibnu Abi Halh. Menurut Ibnu Qayyim lagi, 'A'isyah selalu membaca syair memuji baginda (s.a.w) dan beliau amat menyenanginya."

Tertera di batu nisan Hassan ibnu Tsabit, dan dia menulis mengenai Nabi (s.a.w):

Bagiku, tiada seorangpun dapat mencari kesalahan didalam diriku. Aku hanya seorang yang telah hilang segala derita. Aku tidak akan berhenti dan akan selalu memuji Nabi SAW. Krn hanya dengan itu, mungkin aku akan kekal didalam syurga Bersama-sama 'Yang Terpilih SAW' yang mana, dari-Nya SAW, aku mengharapkan syafa'at. Dan untuk hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku ke arah itu.


10. Menyanyi/melagukan dan Membaca al-Quran

Seperti yang ditulis oleh Ibnu Qayyim didalam kitabnya, " Allah memberi izin kepada Nabi (s.a.w) agar membaca al-Quran dengan berlagu . Pada suatu hari Abu Musa al-Ash'ari sedang membaca al-Quran dengan berlagu dan suara yang merdu dan ketika itu Nabi (s.a.w) sedang mendengar bacaan dia . Setelah dia selesai mengaji, Nabi (s.a.w) mengucapkan tahni'ah kepadanya krn bacaan dia yang begitu merdu dan baginda bersabda," Engkau mempunyai suara yang merdu " Dan baginda (s.a.w) bersabda lagi bahwa Abu Musa al-Asy'ari telah dikurniakan Allah 'Mizmar' (seruling) diantara mizmar-mizmar Nabi Daud. Dan Abu Musa pun berkata,"Ya Rasulullah jika aku tahu yang engkau sedang mendengarkan bacaanku niscaya aku akan membaca dengan suara yang lebih merdu dan lagu yang lebih enak lagi yang engkau belum pernah dengar lagi."

Ibnu Qayyim menulis lagi,"Nabi (s.a.w) bersabda ," Hiasilah al-Quran dengan suara kamu," dan "Siapa-siapa yang tidak melagukan al-Quran bukanlah dari kalangan kami." Ibnu Qayyim pula memberikan komentar, "Untuk menyenangi suara yang merdu adalah dibenarkan seperti juga kita menyenangi pemandangan yang indah, gunung2, alam semesta / harum-haruman / wangi-wangian / hidangan yang lezat selama dia tidak melanggar batas-batas syari'ah. Jika mendengar suara yang merdu itu haram, maka haram jugalah perkara-perkara yang telah disebutkan tadi.

11. Nabi Membenarkan Permainan Genderang/terbang Yang disertai Niat Yang Baik

Seorang Muhaddits, Ibnu 'Ibad telah memberikan fatwa berikut didalam kitabnya 'Letters'. Beliau memulai dengan sebuah hadits," Seorang wanita telah datang menemui Nabi dikala baginda baru pulang dari medan peperangan, dan wanita itu pun berkata," Ya Rasulullah , aku telah bernadzar jika sekiranya, Allah menghantar engkau kembali dalam keadaan selamat, aku akan bermain genderang/terbang disebelah Mu." Nabi pun bersabda," Tunaikanlah nadzar mu." Hadits ini terdapat didalam riwayat Abu Dawud, Tirmidhi dan Imam Ahmad.

Ibnu 'Abbas pula menulis, " Tidak dinafikan bahwa memainkan genderang/ terbang merupakan salah satu cara hiburan walaupun Nabi membenarkannya untuk memenuhi nadzarnya. Ini adalah krn baginda Nabi SAW, shg niat baik wanita itu yaitu untuk merayakan kepulangan baginda SAW. Oleh itu, jika kita merayakan hari kelahiran Nabi dengan niat yang baik, dengan membaca sirah dan memuji baginda, maka diterma dan dibenarkan.

12. Nabi (s.a.w) Merayakan Hari lahir Nabi-nabi Yang lain [The Prophet Emphasized the Birthday of Prophets]

Nabi (s.a.w) telah bersabda didalam hadits mengenai hari dan dan tempat kelahiran Nabi-nabi yang terdahulu. Baginda (s.a.w) juga membesarkan hari Jum'at krn pada hari itu menurut baginda," Hari itu merupakan hari Allah mencipta Nabi Adam (a.s)." Ini bermakna, hari Jumat dimuliakan krn merupakan hari dimana Allah mencipta Adam dan hari itu juga dibesarkan, krn ia merupakan hari penciptaan Nabi dan Bapa seluruh Ummat Manusia. Bagaimana pula dengan hari kelahiran Nabi Besar dan Insan Kamil (sempurna) yang diciptakan?Nabi bersabda,"Sesungguhnya Allah menjadikan aku sebagai Penutup (Khatam) Semua Nabi-nabi dan Rasul tatkala Adam masih lagi merupakan sesuatu antara tanah dan air." Hadits ini adalah riwayat Ahmad dalam Musnad, Bayhaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah dan kitab-kitab besar yang lain dan merupakan hadits yang hasan lagi sahih.

13. Mengapa Imam Bukhari Mengkhusukan satu topik pembahasan ttg Meninggal Pada Hari Senin?

Imam Qastallani menulis didalam komentarnya mengenai hadits riwayat Bukhari: "Didalam kitab, Jana'iz, Bhw Imam Bukhari mengkhususkan satu topik yang membicarakan tentang 'Keutamaan meninggal pada hari Senin'; didalam topik tersebut tercatat, hadits dari A'isyah yang menceritakan mengenai pertanyaan ayahandanya, Abu Bakr as-siddiq," Pada hari apa Nabi (s.a.w) wafat?" Beliau menjawab," Hari Senin" Beliau bertanya lagi, "Hari apakah hari ini?" A'ishah pula menjawab,"Wahai ayahanda, hari ini hari Senin." Lalu beliau pun mengangkat tangan dan berdoa ,"Aku memohon Ya Allah, agar mematikan aku pada hari Senin sama seperti hari wafatnya Nabi (s.a.w)."

Imam Qastallani menyambung lagi, "Mengapakah Abu Bakr menginginkan agar kematiannya jatuh pada hari senin? Supaya hari meninggalnya sama seperti hari kewafatan Rasulullah (s.a.w) agar mendapat barakah pada hari tersebut. Adakah seseorang yang ingin menolak ataupun menghalangi keinginan Abu Bakr untuk meninggal pada hari tersebut semata-mata mengharapkan barakah hari tersebut? Kenapa sekarang ada orang yang menolak keutamaan menyambut atau mengutamakan hari kelahiran Nabi (s.a.w) untuk mendapatkan barakah?"

14. Nabi Sentiasa Menekankan dan Mengingati Tempat Kelahiran Para Nabi

Didalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh seorang 'hafiz', al-Haythami didalam kitab Majma' al-zawa'id menceritakan bahawa pada malam Israk dan Mikraj, Nabi (s.a.w) telah diperintahkan oleh Jibril untuk solat 2 rakaat di Baitul Laham (Bethlehem) dan Jibril pun bertanya kepada baginda (s.a.w),"Tahukah kamu dimana kamu telah bersolat sebentar tadi?" Apabila Nabi bertanya kepada Jibril,"dimana?"Jibril pun menjawab,"Kamu telah bersolat ditempat 'Isa dilahirkan."

15. Ijma' Para 'Ulama Membenarkan Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Mengingati hari kelahiran Nabi, merupakan satu 'ibadah yang diterima oleh semua 'ulama diseluruh dunia Islam, dulu mahupun sekarang. Ini menunjukkan bahwa Allah ridha terhadap perbuatan tersebut. Di dalam kitab Musnad, Imam Ahmad menulis kata-kata Ibnu Mas'ud (yang diterima melalui perantara-perantara yang dipercayai), "Apa-apa yang dianggap benar/haq oleh sebagian besar umat Islam itulah yang diridhai Allah dan apa-apa yang dianggap batil/salah oleh sebagianbesar umat Islam, itulah juga salah/batil disisi Allah."

Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota di dunia didalam merayakan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang dianjurkan (mustahabb) untuk menunaikan sholat di Makkah, diantaranya adalah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). .

Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahwa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengah hari setiap hari senin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.

Keterangan Mengenai Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) yang terawal secara Beramai-ramai

Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), didalam bab Perjalanan (ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul (s.a.w) secara beramai-ramai didalam suatu kelompok masyarakat.

"Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi [s.a.w] ) dibuka dan setiap lelaki dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah daripadanya (mutabarrikin bihi) pada setiap hari senin didalam bulan Rabi'al al-Awwal. Krn pada hari dan bulan tersebut, Nabi telah dilahirkan."

Ahli sejarah abad ke-7 hijrah, Abul 'Abbas al-'Azafi dan anaknya Abul Qasim al-'Azafi telah menulis didalam kitab (tidak pernah diterbitkan), ad-Durr al-Munazzam, "Mereka yang menunaikan 'ibadah haji dan mereka yang sedang melakukan pengembaraan menyaksikan bahwa tiada jual-beli ataupun perbuatan lain dilakukan pada hari Maulidurrasul di Makkah, melainkan mereka berduyun-duyun memenuhi tempat kelahiran Nabi yang diberkahi. Pada hari itu juga, Ka'bah dibuka dan orang ramai dibenarkan untuk menziarahinya."

Penulisan Ibnu Battuta Mengenai Maulidurrasul (s.a.w)

Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur dan beliau telah menulis didalam kitabnya, Rihla (Jilid 1,ms.309 dan 347) bahwa pada setiap hari Jumaat, selepas sholat dan pada hari kelahiran Nabi, pintu Ka'bah akan dibuka oleh ketua Banu Shayba, pemegang kunci pintu Ka'bah. Pada hari Maulidurrasul (s.a.w) juga, Qadi yang bermazhab Shafi'i (Ketua Hakim, Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam Muhyiddin al-Tabari, membagi-bagikan makanan kepada syurafa' (keturunan Nabi [s.a.w]) dan juga kepada semua penduduk Makkah.

Tiga Rekaman/ tulisan ttg Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) Pada abad ke - 10 Hijrah

Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita mereka yang melihat sambutan Maulidurrasul (s.a.w). Catatan ini bersumber daripada 3 ahli sejarah abad ke -10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tiada tandingannya pada zaman tersebut, Ibnu Huhayra didalam kitabnya al-Jami' al-Latif fi Fasl Makkah wa ahliha (ms.326), al - Hafiz Ibnu Hajar al-Haytami didalam kitabnya al-Mawlid ash-Sharif al-Mu'azzam dan al-Nahrawali didalam kitabnya al-I'lam bi-a'lam Bayt Allah al-Haram (ms.205).

Pada 12hb Rabi'al al-Awwal setiap tahun selepas solat al-Maghrib keempat (wakil empat mazhab) Qadi kota Makkah dan sekumpulan besar orang yang terdiri daripada para fuqaha' (ulama) dan fudala' (mereka yang utama) kota Makkah, Syaykh-syaykh, pemimpin-pemimpin zawiyah dan murid-murid mereka , para ru'asa' (hakim-hakim) dan para muta'ammamin (ulama) meninggalkan masjid dan pergi secara beramai-ramai untuk menziarahi tempat kelahiran Nabi sambil berdzikir dan membaca tahlil (LA ILAHA ILLALLAH). Rumah-rumah terletak sepanjang jalan tersebut diterangi dengan lampu-lampu dan lilin-lilin besar dan ramai daripada penghuni-penghuni rumah-rumah tersebut memenuhi jalan tersebut. Mereka semua memakai pakaian baru dan membawa anak-anak mereka bersama-sama. Setibanya ditempat kelahiran Nabi (s.a.w) doa khas pun dibacakan dan karamah-karamah yang berlaku semasa kelahiran Nabi (s.a.w) pun dibacakan. Seterusnya doa untuk Sultan, Amir Makkah dibacakan dan Qadi yang bermazhab Syafi'i dibacakan dan mereka semua berdoa dengan penuh merendah diri. Sebelum solat isya', rombongan tadi pun kembali ke Masjidil Haram yang dipenuhi oleh manusia dan mereka mengambil tempat dan membentu shaf dikawasan Maqam Ibrahim. Di Masjidil Haram, seorang penyeru akan bertahmid (AL HAMDULILLAH) dan bertahlil dan sekali lagi berdoa untuk Sultan, Amir dan Qadi yang bermazhab Shafi'i. Seterusnya, azan untuk solat 'Isya dilantuunkan. Peristiwa yang serupa ini juga direkam/ditulis oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam kitabnya Ta'rikh al-Khamis.

Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) di Negara-negara Islam Pada Zaman Sekarang

Pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam merayakan Maulidurrasul (s.a.w). Diantaranya: Mesir, Syria, Lebanon, Jordan, Palestine, Iraq, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi (tidak secara rasmi - penduduk menyambutnya sendiri dirumah-rumah mereka), Sudan, Yemen, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mauritania, Djibouti, Somalia, Turkey, Pakistan, India, Sri Lanka, Iran, Afghanistan, Azerbaidjan, Uzbekistan, Turkestan, Bosnia, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan kebanyakan negara lainnya yg ada penduduk muslimnya. di Kebanyakan negara Arab, bahw Maulidurrasul (s.a.w) merupakan hari cuti umum. Kesemua negara-negara ini, merayakan hari tersebut. Namun demikian, kenapa masih saja ada segelintir dari kalangan kita yang mengatakan bahwa hal tsbt haram? Siapakah mereka ini bila dibandingkan dengan para huffaz (ahli hadits) dan ' Ulama seperti Abu Shama, 'Asqalani, Suyuti, Sakhawi, Haytami, Shawkani dan al-Qari yang mana mereka semua mengatakan bahwa penyambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan suatu perbuatan yang terpuji? Mengapa mereka yang menggelarkan diri mereka sbg Salafi ini mengharamkan sesuatu perkara yang mana Ibnu Taimiyyah (antara ulama yang begitu tegas) sendiri, membenarkannya? Ibnu al-Jawzi dan Ibnu Katsir pula menganjurkannya dan masing-masing-masing mereka menulis kitab Maulid yang mengandung syair Sirah Nabi SAW.

16. Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir [Ibnu Taimiyyah's Opinion on the Meetings of Dhikr]

Berikut merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis dzikir. Didalam kitab Majmu 'at fatawa Ibnu Taimiyyah edisi King Khalid ibn 'Abd al-Aziz. Ibnu Taimiyyah telah ditanya mengenai pendapat beliau mengenai perbuatan berkumpul beramai-ramai berdzikir, membaca al-Quran berdoa sambil menanggalkan serban dan menangis sedangkan niat mereka bukanlah krn riya' ataupun menunjuk-nunjukkan tetapi hanyalah krn hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Adakah perbuatan-perbuatan ini boleh dan diterima? Beliau menjawab,"Segala puji hanya bagi Allah, perbuatan-perbuatan itu semuanya adalah baik dan diperintahkan didalam Syari'at (mustahabb) untuk berkumpul dan membaca al-Quran dan berdzikir serta berdoa."

17. Ibnu Katsir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahwa Ibnu Katsir, seorang Muhaddits dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Mawlid Rasul Allah di penghujung hidupnya dan kitab ini telah tersebar luas dan merata. Didalam kitab ini. (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Katsir membenarkan dan menganjurkan penyambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis," Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai."

18. Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai penyambutan Maulidurrasul ['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid]

Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadits pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawaban secara bertulis:

Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bid'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walau bagaimanapun, hal itu penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala hal itu dicacat dan dicederai oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar syari'ah maka hal itu tergolong didalam perbuatan bid'ah hasanah, tetapi jika sambutan tersebut terselip perkara-perkara yang melanggar syari'ah maka hal itu tidak tergolong di dalam bid'ah hasanah.

Wallohu A'lam...!!!!
Memperingati kelahiran/ Maulid Nabi Muhammad SAW akan menyebabkan hati ini senantiasa tergerak utk terus bersholawat kpd-Nya SAW
Posted by: Risalahati Dedic Ahmad Updated at: 00:52
Memperingati kelahiran/ Maulid Nabi Muhammad SAW akan menyebabkan hati ini senantiasa tergerak utk terus bersholawat kpd-Nya SAW RISALAHATI , By Risalahati, Published: 2010-03-20T00:52:00+07:00, Title: Memperingati kelahiran/ Maulid Nabi Muhammad SAW akan menyebabkan hati ini senantiasa tergerak utk terus bersholawat kpd-Nya SAW, Rating5 of 8765432 reviews

No comments:

Post a Comment