Imam ghozali tanya kpd muridnya: Apa yg paling dekat, jauh,besar,berat,ringan, dan yg paling tajam dg diri kita di dunia ini?


Teka Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua ”

Murid 2 = ” Guru ”

Murid 3 = ” Teman ”

Murid 4 = ” Kaum kerabat ”

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah *MATI*. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina ”

Murid 2 = ” Bulan ”

Murid 3 = ” Matahari ”

Murid 4 = ” Bintang-bintang ”

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah *MASA LALU*. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung ”

Murid 2 = ” Matahari ”

Murid 3 = ” Bumi ”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah *HAWA NAFSU* (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali =” Apa yang paling berat didunia? ”

Murid 1 = ” Baja ”

Murid 2 = ” Besi ”

Murid 3 = ” Gajah ”

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah *MEMEGANG AMANAH* (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin ”

Murid 3 = ” Debu ”

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah *MENINGGALKAN SOLAT*. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? ”

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang ”

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah *LIDAH MANUSIA*. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ”

Imam ghozali tanya kpd muridnya: Apa yg paling dekat, jauh,besar,berat,ringan, dan yg paling tajam dg diri kita di dunia ini?
Posted by: Risalahati Dedic Ahmad Updated at: 02:37
Imam ghozali tanya kpd muridnya: Apa yg paling dekat, jauh,besar,berat,ringan, dan yg paling tajam dg diri kita di dunia ini? RISALAHATI , By Risalahati, Published: 2010-03-20T02:37:00+07:00, Title: Imam ghozali tanya kpd muridnya: Apa yg paling dekat, jauh,besar,berat,ringan, dan yg paling tajam dg diri kita di dunia ini?, Rating5 of 8765432 reviews

No comments:

Post a Comment