Seorang
bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari
membuat gempar dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh?
Mahmoud
Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan
merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar
biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction
otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis
meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.
Dalam
masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika
usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh
pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe Hospital
Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan
bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.
Pasukan
doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai
alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak
dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang
ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2
dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas
dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu
boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.
Setelah
pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil
itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak
kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.
Nama
Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti
keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia
masih hidup.
sumber:
Bayi Yang Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal
Posted by: Risalahati
Dedic Ahmad Updated at: 21:09