Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis. “Mengapa engkau bersedih?” tanya malaikat maut. “Tidak tahulah.” Jawab Nabi Ilyas. “Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?” tanya malaikat. “Tidak. Tiada sesuatu yang aku kesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah,” jawab Nabi Ilyas a.s.
Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas a.s berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas a.s ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas a.s sepanjang hidupnya. “Biarlah dia hidup di dunia untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepadaKu sampai akhir nanti.” kata Allah.
Sumber : http://www.menjelma.com/2012/10/inilah-kisah-nabi-ilyas-as-ketika-akan.html#ixzz2C1BsOlJ6
Kisah Nabi ilyast As Ketika akan Dijemput oleh malaikat Maut
Posted by: Risalahati
Dedic Ahmad Updated at: 21:22
No comments:
Post a Comment