Sekarang ini resep Coca-Cola udah terbongkar. Memanglah semua orang di dunia ni tahu apa kandungan yang terkandung dalam Coke, tapi yang menjadi rahsianya pastinya nisbah kandungan setiap bahan dan cara membuatnya. Dalam dunia ni, bahan boleh ditiru, tapi nak tiru cara membuat dengan nisbah yang betul, memang sangat susah. Jom aku kasi sedikit trivia berkaitan isu resepi Coca-Cola ni...
1) Pada era 1970-an, Coca-Cola menarik diri daripada melabur di India kerana desakan kerajaan India yang mewajibkan Coca-Cola untuk menyenaraikan resepi Coke secara terperinci. Sehinggakan terhasilnya iklan mengutuk India berkenaan isu ini.
2) Memang dari dulu lagi aku dok dengar yang hanya 2 orang sahaja dalam dunia ni yang tau pasal resepi ni. Dan betapa top secret nya resepi Coke ni sehinggakan 2 orang ni tak boleh ke mana-mana bersama-sama. Takut nanti kalau jadi apa-apa eksiden ke, diorang tak nak hilang dua-dua orang serentak. Huhu.
3) Paling tak boleh blah apabila kes penceraian pon terpaksa ditunda dek kerana resepi Coca-Cola ni. Kes penceraian tu melibatkan pewaris syarikat gergasi ini. Ketika beliau nak mengemukakan penceraian, isteri beliau meminta buku nota asal yang ada kandungan resipi Coke ni sebagai syarat tuntutan penceraian. Last-last kes tu pending sampai sekarang. Huhu. Betapa bernilainya buku usang tu. Kemudian kecoh plak baru-baru ni yang buku tu dah ditunjukkan kepada umum.
Kandungan buku tersebut lebih kurang keq gini...
Resep Coca-Cola:
Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color
Rahsia perisa 7X (guna 2 oz perisa untuk 5 gals sirap):
Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops
4) Salinan original resep tersebut sebenarnya disimpan di SunTrust Bank di Atlanta. Bagi memastikan Bank ini benar-benar amanah (Yela, nilai aset Coca-Cola ni mestilah lagi tinggi dari aset Bank tu sendiri), pihak Coca-Cola telah melantik eksekutif di pihak SunTrust Bank untuk duduk sebagai lembaga pengarah di Coca-Cola dan juga sebaliknya di pihak lembaga pengarah SunTrust Bank. Selain tu, Coca-Cola juga memberi 48.3 juta share kepada SunTrust Bank bagi memastikan mereka menjaga resepi tu seketat-ketat mungkin.
5) Tapi sebenanrnya semua ni pointless gak. Sebab resepi sebenar Coca-Cola ni terletak di lojinya di Amerika. Kerana loji ini adalah satu-satunya loji yang dibenarkan oleh pihak kerajaan Amerika untuk mengekstrak perasa coca yang berasal dari cocaine. Dan Coca-Cola adalah satu-satunya syarikat di Amerika yang diberi kebenaran untuk mengimport cocaine bagi tujuan itu. Jadi walaupun resepi Coke ni dah terbongkar, tapi diorang yakin yang rasanya takkan sama sebab hanya di loji tu saja yang boleh buat begitu. Kalau nak buat secara haram bolehlah, tapi nak jual macamana? Sapa yang berani nak bagi kelulusan untuk import cocaine?
Kita ke Mexico untuk tengok tempat di mana eksekutif-eksekutif, marketers dan dealers hebat di Coca-Cola dibentuk. Tempat di mana bakat diasuh untuk dibentuk bagi menjaga kesinambungan kehebatan empayar minuman ringan terbesar dunia ni.Direka bentuk oleh Studio ROW, kawasan ni berkeluasan 120 meter persegi.
gambar-gambar pusat latihan Coca-Cola ni :)
Fakta Menarik Tentang Sejarah Coca-Cola
Posted by: Risalahati
Dedic Ahmad Updated at: 17:38
No comments:
Post a Comment